Hmm sehari lagi yg penuh keboringan, tiada langsung aktiviti yg sesuai utk diingati hari ni.....so aku dgn keboringan melampau menulislah sesuatu.....((mungkin crita dongeng))

 

  Aku membayangkan aku seorang bidadara kayangan.

 

            Pernah suatu ketika dulu pelepah sayapku patah tekena panahan sang arjuna. Kesakitan yang kurasai amat perit. Bertahun lamanya aku menderita. Ku cuba biarkan ia pulih sendiri, namun apakan dayaku. Kuasa dan karismaku telah pudar. Beratus tahun lamanya aku menderita...

 

            Kini, terjumpalah aku sang bidadari kayangan. Wajahnya seiras seseorang yang amat rapat denganku suatu ketika dulu. Daripada risikanku, namanya Syafika dan tinggal di empayar Achtum Margonis. Kulitnya yang putih bersih laksana kilauan mutiara dengan senyuman manis lahir dari bibir yang merah bak delima merekah benar-benar menarik perhatianku. Kesopanan yang diperlihatkan memukau pancainderaku.

 

Dengan daya yang masih ada, aku kembali meliukkan sayapku untuk berusaha meredah deruan angin yang maha kencang demi untukku bersemuka dengannya. Jauhnya perjalanan dengan rintangan yang dasyat ku redahi jua dengan tenaga yang masih bersisa dibantu oleh semangat yang berkobar-kobar.

 

Tatkala bertemu aku dengannya terasa seperti berlaku suatu keajaiban, sayapku dan kecederaanku sepanjang perjalanan pulih serta-merta. Semangat juangku kembali membuak.

 

            Selepas salam perkenalanku diterima olehnya dengan hati yang terbuka, aku berterbangan bersamanya menyusur kilauan pelangi yang indah selepas hujan gerimis. Pancaran cahaya sang mentari yang sedikit terlindung di sebalik awan menerjah dan menyinari kami berdua...................

 

            Saat indah kembali mengubati kesepianku. Bermula dari pertemuan pertama itu,  'persahabatan'ku dengan Syafika mula kukuh dari hari ke hari.

 

Dengan puisi cinta sebagai tiangnya, dan ungkapan “Ku cinta padamu” sebagai perhiasan dan bumbungnya terbinalah mahligai indah yang selama ini ku idamkan. Acapkali berderunya tiupan sang bayu ku tak lupa menyuarakan padanya yang "aku amat menyintai dirinya seikhlas hati"

...

 

Dalam hati ada cinta

 

Batang pinang akarnya licin,

Batang selasih akarnya mati;

Orang bertunang bertukar cincin

Orang berkasih bertukar hati.

 

"Pabila berkata tentang cinta,

angin pun seakan-akan lupa melepaskan dinginnya; mentari seolah-olah cuba menyembunyikan pijarnya; bulan pula jadi malu-malu untuk mengintai bintang-bintang; angin silir jadi berhenti mendesir; dan kita?

Kita... bagaikan tidak teringin jadi dewasa...."

 

 

Cinta itu seumpama serangkai mutiara...

kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi.

Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula...

tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun.

Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula?

Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

 

Apa guna pasir setambun,

Kalau tidak setinggi duduk;

Apa guna kasih setahun,

Kalau tidak seumur hidup.        [Raden Andriyana]

 

Asap api embun berderai,

Patah galah haluan perahu;

Niat hati tak mau bercerai,

Kuasa Allah siapa yang tahu.   [Ku Ahmad Fitri]

 

 

 

 

 "Bagaimana aku nak kahwin dengan orang yang aku tidak cintai, Ain. Fahamilah aku, Ain. Jika mencintaimu membawa hukuman mati ... aku sudah lama mati." 


[Nik Ahmad Adam]