THE UNTOLD STORY
It had been a very long time since my last time I saw you. Your smile, your eye, your voice.....
Sampaihati kau Shida, melupakanku yang hingga kini termangu sendirian. Terkejut aku kau perlakukan, pernikahanmu kau rahsiakan. Tiada utusan, tiada jemputan. Kalaupun dikau mengganggap aku ni hanya sekadar palitan lumpur yang mudah kau singkirkan dengan jirusan air bukankah kau perlu menyental sedikit untuk menghilangkannya. Mungkin aku hanya syok sendiri dan sememangnya itulah yang kau fikirkan.
Tidak pernahkah dikau wahai Shahida, gadis yang pernah mengetuk pintu hatiku, terasa sedikit pun bersalah di atas perbuatanmu? Kau menghiris perasaanku dengan bisa sembilu, kau meracun perasaanku dengan racun SPARK yang bisa, jiwaku kacau mengenangkan sikapmu.
Kita berkawan baik sejak bersekolah tadika. Masihku ingat penghadang kelas yang
selalu kupanjat semata-mata untuk mengintaimu. Masihku ingat ketulan plastisin
yang menerjah ke kepalaku tatkala kau menyedari yang dirimu aku perhatikan.
Masihku
ingat ketika darjah tiga tolakan cikgu bahasa inggeris, Peter Vincent yang
membuatkanku luka terjatuh longkang, juga selepas itu aku terus lari dari
sekolah dan cakap kat bapak kawan aku, Ismail yang akhirnya mengamuk di sekolah
dan membelasah cikgu tu. Semuanya berlaku kerana angau tahap ortodok kepada
dirimu Shida. Walaupun tika itu haram aku tak tahu apa tu cintan-cintun yang
sebenarnya. Yang cikgu tu marah pun sebab aku dan Mail gatal tangan lukis besar-besar
atas kertas lukisan siap diwarnakan sekali dengan ayat *Kami cintakan kamu
Shida* dan dilekatkan di pintu bilik darjah. Gilakan kitorang tika tu?
Kadang-kadang aku terfikr juga lucu gila time tu.
Kau sudah dimiliki orang. Anggaplah baris-baris aksara ini sebagai lembaran terakhir warkah untuk tatapanmu, forever. Memang sudah terlambat untuk kucurahkan perasaanku. Tapi ku cuba jua, bukan untuk memenangi hatimu, tapi untuk meneutralkan pH natrium hidroksida yang kau simbah ke perdu hatiku. Kau tahu tak, dalam diam-diam aku selama ini menjadikan dirimu sebagai “training pathway” untuk aku berjaya dalam dalam pelajaranku especially SPM. Dalam subjek kimia setiap kali proses yang menggunakan alkali seperti hidroksida aku pasti ingat step-stepnya kerana disitu ada sekilas namamu. Mungkin sukar untuk kau menerima teori asparagus bombastik aku ni, tapi itulah kenyataannya.
Ahhh what the hell am I feeling right now. What done is done and of course there is no turning back now however live must go on. Maybe it is my destiny to see my dream castle crumble to the ground and collapsed forever. Could you please at least keep the promise we made that we will never forget each other at least as a friend, coz friendship will never end....
Ramalanku Benar Belaka..........sebahagian dari lirik lagu nyanyian
kumpulan Umbrella...........
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan... bersama
Dan satu darinya... engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan... akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain... dihati mu... bertakhta
Hingga ke saat ini... ku masih terkenangkan
Saat-saat yang indah... nyata kesudahan aku parah
©2003 Prof. Registered™.